Anak bekas pengendali Indonesia, Shin Jae-won, berkongsikan perasaannya yang berasa hiba selepas tempat ayahnya, Shin Tae-yong, digantikan dengan bekas pemain Belanda, Patrick Kluivert, sebagai jurulatih baru Indonesia.

Dalam satu perkongsian di laman Instagram semalam, dia menjelaskan faktor ayahnya memilih untuk menjadi jurulatih Indonesia sebelum ini.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) mengambil keputusan untuk memecat Shin Tae-yong Isnin lalu selepas melakukan pertimbangan mengenai tahap prestasi jangka panjang skuad Garuda.


"Apabila ayah saya menerima tawaran untuk melatih Indonesia, keluarga saya bertanya mengapa dia memilih Indonesia dan dia berkata dia yakin dan saya sangat gembira kerana dia mahu membuktikannya dengan keputusan.

A post shared by ???? ??? ??? (@shin_jaewon77)




"Sekarang dia telah menarik diri daripada pasukan kebangsaan Indonesia, tetapi kini dia akan berehat dan meluangkan masa bersama kami di Korea, kembali cergas dan menyahut cabaran lain!

"Terima kasih ayah atas kerja keras kamu untuk bola sepak Indonesia selama 5 tahun. Terima kasih banyak peminat bola sepak Indonesia atas sokongan dan kasih sayang anda yang berterusan.

"Keluarga kami mendapat banyak kekuatan terima kasih kepada peminat kami. Terima kasih." katanya menerusi laman Instagram.

Untuk rekod, pengendali berusia 54 tahun itu membawa Indonesia mara secara merit ke Piala Asia Arab Saudi 2027 dan sedang menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.