Olimpian renang negara, Khiew Hoe Yean, bersedia memulakan lembaran baru 2025 dengan menggalas misi besar di Kejohanan Akuatik Dunia dengan kejohanan itu bakal berlangsung di Singapura pada 11 Julai hingga 3 Ogos 2025 ini.

Tambahnya, dia bakal menjalani latihan intensif di Amerika Syarikat sebelum mengharungi Kejohanan Akuatik Dunia serta inisitatif itu merupakan elemen penting buat mana-mana perenang sebelum mengharungi kejohanan besar.

"Kami akan ke Amerika Syarikat pada bulan Februari ini untuk menjalani kem latihan. Akui sukar untuk ke kejohanan besar tanpa kem intensif.

"Harapnya semua akan berjalan dengan lancar." Ujar Khiew Hoe Yean.

Dia bakal bersaing di Terbuka Malaysia Akuatik terlebih dahulu sebelum terbang ke negara jiran untuk saingan pentas dunia.