The Los Angeles Lakers dan Los Angeles Clippers bakal bertemu 9April ini selepas perlawanan NBA itu telah dijadualkan semula berikutan kematian tragis Kobe Bryant bulan lalu.

Lakers dan Clippers sepatutnya bertemu 28 Januari lalu, bagaimanapun perlawaanan tersebut ditunda selepas legenda NBA, Bryant dan anak perempuannya, Gianna, mengalami kemalangan helikopter, termasuk tujuh lagi di Calabasas, California.

The Lakers dan Clippers kini telah memperoleh tarikh baru untuk aksi Western Conference blockbuster di Staples Center April ini.
The Clippers bakal berdepan Chicago Bulls 6 April, sementara The Lakers akan bertemu The Golden State Warriors 7 April.

LeBron James dan The Lakers mendahului Western Conference dengan rekod 41-12, sementara Clippers di tangga ketiga (37-18).