Naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, mendakwa bahawa mereka satu-satunya pasukan di England yang memenangi gelaran Piala FA Inggeris paling banyak.

Sejak kali pertama dipertandingkan pada tahun 1871, The Gunners mendahului carta pemenang tertinggi dengan 14 kejuaraan Piala FA Inggeris itu di hadapan pasukan kendalian Erik ten Hag, Manchester United.

Menerusi kemas kini laman X milik Arsenal, mereka menganjurkan kuiz berkenaan teka nama pemain yang pernah mewakili Arsenal dalam kejohanan tersebut sejak tahun 2000.