Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sudah membuka kertas siasatan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John, kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Seandainya pelanggaran syarat pelesenan kelab berlaku, FAM dan MFL berdepan risiko lesen liga dari AFC ditarik balik dan akan membawa kepada tiada wakil Malaysia layak beraksi di pentas Asia.
Isu gaji dalam saingan Liga Malaysia sudah mula mendapat perhatian AFC dan Jabatan Pelesenan Kelab AFC kali ini membuka kertas siasatan drastik dengan tujuan untuk melakukan penilaian semula apabila terdapat beberapa kelab yang tidak menepati syarat pelesenan kelab masih diberikan peluang untuk mendapatkan pelesenan kelab.
Dua tahun lalu, Persatuan Bolasepak Iran pernah digantung daripada mendapatkan lesen dan kesannya, tiada wakil negara itu dapat beraksi di pentas Asia.
Kekeliruan mula timbul apabila Kuala Lumpur City mendapat pelesenan kelab bagi musim 2024-25, pada ketika mereka dilaporkan masih memiliki tunggakan bayaran KWSP sejak Februari 2023.
"Fail siasatan sudah pun dibuka dan langkah seterusnya, kami akan menghubungi MFL dan FAM untuk memulakan perbincangan bersama Jabatan Pelesenan Kelab yang akan memantau dan melihat proses pemberian lesen," kata Windsor kepada Fina Nasrom.
"Selepas maklumat itu dikumpul, kami akan membuat keputusan melalui jawatankuasa yang kami ada," katanya.
Mengulas lanjut, Windsor menambah: "Kesan yang paling berat ialah tiada wakil yang boleh kami terima kerana kuasa mereka (FAM dan MFL) untuk memberikan lesen ditarik balik oleh kami memandangkan terdapat masalah dalam proses pemberian lesen.
"Kalau langgar kena hukum, kerana kami memiliki ketetapan. Tak kan satu negara kena dan satu negara tak kena. Hukumannya akan tetap ada.
"Jadi, kami perlu melihat dahulu sama ada mereka ada melanggar peraturan atau tidak," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi, dalam respons segeranya kepada Fina Nasrom, berkata pihaknya bersama MFL sedia memberikan kerjasama penuh kepada hasrat yang telah disuarakan AFC itu.
"Saya mengalu-alukan apa jua tindakan AFC kerana saya fikir tindakan itu dibuat bagi memastikan liga kita berjalan dengan baik.
"Untuk perkara ini, saya hanya boleh katakan kami (FAM) bersikap terbuka kerana bagi saya, ia untuk melihat jika liga kita ini ada kecacatan atau kelemahan dan tentu sekali ia boleh memperbaiki keadaan yang ada," katanya.
Muzaffar Musa
Tue Jul 23 2024
Piala Malaysia: Perak bangkit tiga kali tapi Sri Pahang ke separuh akhir
Perak bangkit sebanyak tiga kali untuk mengikat Sri Pahang 3-3 dalam aksi suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia di Temerloh sebentar tadi.
Piala Cabaran: Kedah Darul Aman melangkah gagah ke separuh akhir
Kedah Darul Aman melangkah gagah ke separuh akhir Piala Cabaran dengan kelebihan agregat 6-0 selepas menewaskan Kuala Lumpur Rovers 3-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.
Piala Cabaran: Info siaran langsung (live streaming) Selangor lawan Kelantan Darul Naim
Selangor akan melayani kunjungan Kelantan Darul Naim bagi aksi suku akhir kedua Piala Cabaran di Stadium MBPJ, Petaling Jaya malam ini.
Saya sentiasa di sini, sayangkan Malaysia -- Bergson mengenai naturalisasi terbaru Harimau Malaya
Pemain import Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, dicanang sebagai penyerang terbaru Harimau Malaya selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyebut namanya akan melalui proses naturalisasi dalam masa terdekat.
Unifi Piala Malaysia: Info Siaran Langsung (Live Streaming) Sri Pahang lawan Perak
Sri Pahang akan melayani kunjungan Perak bagi aksi suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia di Temerloh malam ini.
Piala AMEC: Seharusnya layak ke separuh akhir, Erick Thohir sedia nilai prestasi Shin Tae-yong
Kekalahan Indonesia kepada Filipina dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 memberi tamparan khas buat peminat tempatan dan juga Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI).
Piala AMEC: Kami tidak gagal, pasti juara jika turunkan pemain senior -- Jurulatih Indonesia
Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, berasakan pasukannya mampu merangkul kejuaraan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 sekiranya menurunkan pemain utama yang bermain dalam Kelayakan Piala Dunia 2026.
Unifi Piala Malaysia: JDT mudah ke separuh akhir singkir KL City
Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Unifi Piala Malaysia dengan kelebihan agregat 6-1 selepas menewaskan Kuala Lumpur City 4-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.
Reaksi penyokong Malaysia: Mahu pemain JDT perkuat Harimau Malaya, tuntut beberapa kelab beri kerjasama penuh
Penyokong bola sepak negara memberikan reaksi berbeza selepas menyaksikan Harimau Malaya gagal ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 ketika diikat Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.
Piala Dunia Wanita 2027: Netflix sah penyiar rasmi perlawanan secara langsung
Aplikasi penstriman, Netflix, secara rasmi memperoleh hak penyiaran untuk menayangkan liputan langsung Piala Dunia Wanita 2027 dan 2031 di Amerika Syarikat.
Dundee United 0-0 Celtic: League leaders draw first blank
Report: Dundee Utd 0-0 Celtic
LeBron lauds Lakers defence after sweeping Kings in two-game set
LeBron lauds Lakers defence
Root recalled for Champions Trophy and ODIs against India as injured Stokes misses out
Root in, Stokes out for England
Woods and son Charlie take share of PNC Championship lead after opening round
Woods and son lead PNC Championship
Leipzig suffer blow as Henrichs set for surgery on Achilles rupture
Henrichs faces surgery
Simeone points to substitutes after smash-and-grab win at Barcelona
Simeone hails Atletico super subs
Tatum earns Bird comparisons after 40-point triple-double inspires Celtics win
Tatum compared to Bird
'Usyk got a Christmas gift' – Fury feels 'robbed' after losing heavyweight title rematch
Usyk beats Fury in rematch
Barca's drop in form not normal, but Flick confident they will bounce back
Flick: Barcelona will bounce back
'Pogba has always been a champion' - De Zerbi addresses Marseille link with France midfielder
De Zerbi hails 'champion' Pogba