Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional dan komited untuk memacu Harimau Selatan mara ke dalam kelompok 16 pasukan terbaik.
Aksi yang berlangsung di Stadium Olimpik Jinan itu menyaksikan JDT tewas tipis kepada wakil China, Shandong Taishan, 0-1 walaupun mendominasi keseluruhan perlawanan dengan jaringan tunggal Shandong hadir menerusi Zeca Joaquim pada minit ke-68.
"Kepada semua, baru-baru ini saya melihat percakapan saya selepas perlawanan, ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Shandong Luneng dan saya memohon maaf di hadapan peminat bola sepak China dan juga untuk kejohanan itu sendiri.
Natxo Insa jelas tidak berpuas hati dengan cara pengadil mengadili perlawanan di separuh masa kedua perlawanan di antara Johor Darul Ta'zim menentang Gwangju FC#ACLElite #GWAJDT pic.twitter.com/GG1JhYgC3g
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 22, 2024
"Saya tidak ingat apa yang saya katakan sehingga saya kembali melihat semula video itu dan saya berasakan sangat menyesal dengan apa yang telah saya ungkapkan.
"Saya benar-benar berasa kecewa kerana kami bersaing dengan serius dalam perlawanan itu dan kami berhak untuk menang, yang akan menjadi satu langkah besar ke arah objektif kami untuk layak ke kalah mati ACLE buat kali kedua dalam sejarah kami, kerana itu saya bercakap dengan kekecewaan bagi pihak saya sendiri.
"Ini tidak akan berlaku lagi, dan saya berharap peminat bola sepak dan AFC dapat memahami kecintaan dan keghairahan saya terhadap bola sepak
"Saya ada perasaan yang kadang-kadang tidak dapat dikawal, terutamanya untuk cinta saya kepada Johor di mana saya telah berada selama lebih tujuh tahun dan saya benar-benar mahu beraksi dalam satu lagi pusingan kalah mati ACLE yang mungkin merupakan musim terakhir saya dalam kancah bola sepak profesional.
"Sekali lagi, saya berharap sesiapa yang mungkin tersinggung dengan kata-kata saya boleh memaafkan saya kerana tidak ada perkara peribadi, tetapi hanya kekecewaan untuk mencapai yang terbaik untuk JDT." katanya menerusi laman Instagram semalam.