Najmi Iman
Tue Dec 03 2024
Gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri selepas sekadar seri bertemu Buriram United dalam perlawanan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), sebentar tadi.
Seawal minit ke-10, Harimau Selatan diuji dengan situasi mencabar apabila Murilo Santos dilayangkan kad merah selepas mengasari pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools.
Drama berterusan pada minit ke-46 di mana giliran ketua pasukan, Theerathon Bunmathon, pula dihantar keluar selepas melakukan tindakan kurang bijak kepada Arif Aiman Hanapi.
Skuad kendalian Hector Bidoglio acap kali melakukan serangan ke atas pasukan pelawat tetapi gagal disempurnakan dengan baik.
Pelbagai peluang yang terhidang terutamanya percubaan daripada Bergson Da Silva berjaya ditepis oleh penjaga gol Thailand, Neil Etheridge.
Memasuki minit ke-93, Park Jun-heong turut terlepas aksi seterusnya apabila terbaru dilayangkan kad merah susulan terjahan kerasnya ke atas pemain lawan.
Kredit harus diberikan kepada bekas penjaga gol Birmingham City itu kerana kecemerlangannya menafikan kemenangan JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati mengutip satu mata.
Piala AMEC: Gol berganda Paulo Josue pastikan Harimau Malaya elak diaib Timor Leste
Dua gol daripada pemain veteran, Paulo Josue, memastikan Harimau Malaya mengelak daripada diabkan Timor Leste di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan 3-2 dalam aksi Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Separuh Masa Piala AMEC: Dua kesilapan saat akhir buat Harimau Malaya ketinggalan di belakang Timor Leste
Dua kesilapan saat-saat akhir menyaksikan skuad negara ketinggalan 1-2 di belakang Timor Leste menjelang separuh masa aksi Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika ini.
Kesebelasan utama Piala AMEC: Paulo Josue terus diberikan peranan penggempur Harimau Malaya
Penyerang Kuala Lumpur City, Paulo Josue, terus diberikan peranan sebagai penggempur utama Harimau Malaya menjelang aksi Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar nanti.
Piala AMEC: "Aqieff rindu Faisal Halim"
Seorang penyokong cilik meluahkan kerinduannya terhadap penyerang negara, Faisal Halim, yang terlibat dengan insiden serangan simbahan asid pada Mei lalu.
(VIDEO) Piala AMEC: Masih hujan, ini keadaan terkini SNBJ menjelang aksi Malaysia lawan Timor Leste
Cuaca hujan di ibu negara menimbulkan persoalan mengenai permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang aksi Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) di antara skuad negara dan Timor Leste malam ini.
Piala AMEC: Dari Taman Negara redah banjir demi Harimau Malaya
Seorang penyokong Harimau Malaya sanggup meredah perjalanan jauh dan banjir demi memberikan sokongan kepada skuad negara menjelang aksi Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
UCL: The Villans hampir cicir mata berdepan RB Leipzig
Penghuni kedudukan ketiga dalam carta Liga Juara-Juara (UCL) hampir berputih mata selepas diberi tentangan sengit oleh pasukan tuan rumah, RB Leipzig, dalam aksi peringkat di Arena Red Bull, awal pagi tadi.
UCL: Jaringan tunggal Mohamed Salah bantu Liverpool benam Girona
Jaringan tunggal Mohamed Salah menerusi sepakan penalti dalam separuh masa kedua memacu Liverpool mengatasi Girona 1-0 sekali gus mengekalkan rekod 100% tanpa kalah untuk mengungguli Liga Juara-Juara UEFA (UCL), awal pagi tadi.
Tanpa kerja keras, tidak akan capai cita-cita -- Jurulatih Selangor
Ketua Jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, menegaskan kepada pemain The Red Giants agar psentiasa bekerja keras sekiranya ingin melakar keputusan positif serta kejayaan buat pasukan.
Piala AMEC: Info Siaran Langsung (Live Streaming) Malaysia lwn Timor-Leste
Harimau Malaya bakal turun di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini dengan misi wajib menang dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 berdepan cabaran Timor-Leste sekiranya ingin mara ke pusingan seterusnya.
Red Bull chief Horner predicts 'massively close' 2025 F1 season
Horner predicts close F1 season
Lille 3-2 Sturm Graz: Super sub Haraldsson snatches all three points for hosts
Report: Lille 3-2 Sturm Graz
Atletico Madrid 3-1 Slovan Bratislava: Griezmann double helps hosts close in on top eight
Report: Atletico 3-1 Slovan
Brook becomes number one Test batter in the world
Brook is number one Test batter
Spurs duo Romero and Van de Ven ruled out of Rangers clash
Spurs duo out of Rangers clash
Chelsea's 16-hour Conference League trip 'not normal', says Maresca
Maresca: Chelsea trip 'not normal'
FIFA confirms Saudi Arabia as 2034 World Cup host
Saudi Arabia to host 2034 World Cup
Raptors star Barnes again out long-term
Raptors' Barnes again out long-term
De Pauw leaves Aston Villa after just nine WSL games in charge
De Pauw leaves Villa
'I still dream' - Alonso hopes to win third world title
Alonso dreams of third world title