MUANGTHONG UNITED 1 SELANGOR 1
Wakil tunggal negara, Selangor, memperoleh mata pertama dalam edisi perdana Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila mengikat pasukan gergasi Thailand, Muangthong United, di Stadium Rajamangala sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik sepanjang babak pertama tetapi kekebalan benteng menjadi rencah utama sepanjang tempoh itu, di mana penjaga gol Selangor, Azim Al Amin Kamaruddin, wajar diberikan pujian atas aksi lincahnya menafikan siri percubaan berbahaya lawan.
The Red Giants kemudian memanfaatkan permulaan pantas mereka dalam separuh masa kedua untuk memecahkan kebuntuan, di mana penyerang utama, Ronnie Fernandez, bertindak bijak menghidu lorongan licik pemain gantian, Yohandry Orozco, untuk melepaskan ledakan kaki kiri yang menewaskan penjaga gol, Kittipong Phuthawchueak, pada minit ke-47.
Semuanya kelihatan baik buat Selangor untuk mengekalkan kelebihan mereka tetapi disebabkan kesilapan pertahanan, Selangor dibolosi pada minit ke-54 apabila Purachet Thodsanit merembat masuk bola muntah yang didada kapten Selangor, Safuwan Baharudin.
Selangor menggandakan asakan menuju ke penghujung aksi tetapi tiada sebarang pertambahan jaringan terhasil, sekali gus perlu berpuas hati dengan pungutan satu mata di gelanggang lawan.
Pasukan bimbingan Nidzam Jamil itu seterusnya akan menantikan kunjungan kelab Filipina, Cebu, bagi aksi kedua kumpulan H di Petaling Jaya pada 3 Oktober ini.
Muzaffar Musa
Thu Sep 19 2024
Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin
Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu selepas kelab dari Libya, Al-Ahly Benghazi, secara rasminya mengumumkan kehadiran tonggak tersebut, sekali gus menjawab spekulasi kepada khabar angin perpindahannya sebelum ini.
Declan Rice yakin Arsenal mampu tamatkan kemarau piala
'Ia bergantung kepada kami' -- Itulah luahan pemain tengah Arsenal, Declan Rice, sambil menaruh keyakinan bahawa pasukannya mampu menamatkan kemarau tanpa piala musim ini.
EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
Selepas Manchester City dan Liverpool, giliran Chelsea pula mencatatkan keputusan seri 2-2 berdepan Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
EPL: Cubaan bawa pulang tiga mata gagal, Brentford sekat hajat Man City
Prestasi terumbang-ambing juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, terus menjadi alasan selepas diikat 2-2 oleh Brentford pada saat akhir di Stadium Komuniti Gtech, awal pagi tadi.
EPL: 'Jabatan Perhutanan' hampir buat Liverpool menangis lagi
Liverpool hampir ditewaskan sekali lagi oleh Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground, sebentar tadi.
ACC Shopee Cup: Manuel Ott sedia pacu cabaran Terengganu di pentas Asia, liga
Arkitek Terengganu, Manuel Ott, enggan meletakkan dirinya dalam dilema untuk memikirkan mengenai kempen Piala Malaysia 2024/25 mahupun Kejohanan Kelab Asean ACC Piala Shopee 2024/25.
Kongres FAM: Perebutan kerusi presiden makin rancak!
Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin menarik apabila seorang lagi individu luar menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam badan induk itu.
Isteri saya adalah yang terbaik -- Guardiola bercerai selepas 30 tahun berumah tangga
Rumah tangga yang berusia 30 tahun Pep Guardiola akhirnya berakhir, menurut laporan di Sepanyol.
Penyokong Harimau Malaya harap bakat tempatan tidak terabai
Penyokong Harimau Malaya rata-ratanya melihat revolusi bola sepak negara daripada pandangan berbeza susulan akan mempunyai lambakan pemain warisan.
Penjaga gol utama wanita negara terbang ke Albania
Penjaga gol utama skuad bola sepak wanita negara, Azurin Mazlan, akan berkelana di Albania setelah melengkapkan perpindahan ke FKK Vllaznia selepas membantu Sabah meraih gelaran naib juara dalam kancah Liga Wanita Nasional (LWN).
Australian Open: Awesome Alcaraz marches on in Melbourne
No fuss for Alcaraz
Australian Open: Zheng offers no excuses as Andreeva fights back
Zheng out, Andreeva through
Australian Open: Djokovic makes more grand slam history
Djokovic sets new major record
Australian Open: Sabalenka downs Bouzas Maneiro in round two
Sabalenka's surge continues
Emery anticipates 'excited' Everton as Moyes returns to Goodison
Emery wary of motivated Everton
Djokovic 'feels bad' he missed Nadal's farewell to tennis
Djokovic on missing Nadal farewell
Leyton Orient tee up glamour Man City tie in FA Cup
Leyton Orient tee up Man City tie
Forest not discussing Premier League title chances, says goalkeeping hero Sels
Forest not discussing title hopes
Celtic 'too passive' and 'not aggressive enough' in Dundee draw
Celtic 'too passive' v Dundee
Conceicao urges Milan to 'be more solid' despite late Como win
Conceicao: Milan need to be solid