TERENGGANU 2 SVAY RIENG 3

Hasrat Terengganu untuk mengelak maruah tercalar tidak kesampaian apabila kecundang kepada PKR Svay Rieng dalam perlawanan pertama ASEAN Club Championship (ACC) Shopee Cup 2024, sebentar tadi.


Skuad Pantai Timur itu bermula dengan langkah kiri dek dihukum prestasi dalam separuh masa pertama hingga menjadi punca kekalahan tipis 2-3 ketika berdepan kelab nombor satu liga Kemboja itu di Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium.

Gawang Svay Rieng diuji terlebih dahulu dengan percubaan jarak jauh Ubaidullah Shamsul pada minit ke-7 yang diselamatkan penjaga gol.

Kedudukan itu tidak kekal lama apabila pelawat mula ghairah mengatur gerakan dan pada minit ke-12 Gabriel Silva berhasil merobek gawang tuan rumah disusuli ledakan Pablo, empat minit berselang!

Skuad penyu tampak lebih agresif dan tak tunggu lama untuk bangkit dengan buka jaringan menerusi Manuel Ott!

Namun, hasrat kebangkitan itu terencat di hujung permainan apabila Min Ratanak menambah gol ketiga Svay Rieng tetapi ia tidak berakhir disitu, drama sebenar hadir apabila sepakan penalti pula diberikan kepada Sang Penyu yang disudahkan kaki kidal Safawi.

Dan Terengganu kembali dihadiahkan sepakan penalti tetapi selepas penelitian video bantuan pengadil (VAR), pengadil memutuskan bola yang terkena tangan lawan itu tidak disahkan, sekali gus membuatkan barisan Tomislav Steinbruckner itu untuk setidak-tidaknya mengutip satu mata.