Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia perlu mengkaji semula formula kemenangannya tersendiri.

Perseorangan nombor satu Malaysia itu telah mempamerkan aksi yang membanggakan ketika kejohanan berprestij Seluruh England dan Terbuka Switzerland.

Selepas permulaan yang kurang memberangsangkan dua kejohanan itu jelas menjadi penyuntik semangat terbaik buat Zii Jia.

Namun Ramlan percaya persoalan mengenai punca kekalahan terlalu kerap berlaku.

Sebaliknya kajian diperlukan untuk mengenalpasti apa yang harus dilakukan seseoran pemain untuk meraih kemenangan.

"Jika atlet gagal, kita segera mencari punca namun jika sebaliknya, kita sekadar meraikan kemenangan mereka," katanya.

"Jadi isu ini harus dikaji dan dinilai semula program yang dijalani atlet. Ia sekaligus menghadirkan jalan penyelesaian sekaligus membantu atlet mendapatkan keputusan yang lebih positif."