Malaysia mengatur langkah tempang apabila taruhan pertama negara dalam Piala Thomas, Lee Zii Jia, tumpas kepada Viktor Axelsen, sebentar tadi.

Dengan tiket separuh akhir sudah pun dalam di dalam genggaman, perlawanan terakhir Kumpulan D di Chengdu, China itu menyaksikan Malaysia ketinggalan 0-1 kepada Denmark.

Kawalan kurang kemas pada awal permainan set pertama meletakkan Zii Jia di kedudukan sukar.

Enam mata berturut-turut yang dikutipnya membolehkannya merapatkan jurang 15-14 dengan pemain nombor satu dunia itu.

Senario pertarungan menjadi makin hangat apabila masing-masing berlumba-lumba untuk terikat 7-7.

Namun, kealpaan menghadiahkan rentetan enam mata selepas itu memaksa Zii Jia meningkatkan tahap permainannya dan berhasil mengikat 19-19 selepas dijurangkan dengan enam mata.

Begitupun, Axelsen tampil lebih menyerlah mengutip mata kemenangan dius untuk kemenangan 24-22.