Penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez, akan terlepas aksi separuh akhir pertama Liga Conference Europa (UECL) menetang Olympiacos, bulan depan.

Wira kebangsaan Argentina itu menyelamatkan dua penentuan sepakan penalti ketika menang bertemu Lille tetapi mengutip kad kuning kedua atas dasar melakukan keraian berlebihan di hadapan penyokong lawan.

"Dia berani untuk bertindak sedemikian kerana dia adalah seorang penjaga gol yang sudah berjaya secara individu dan dia lakukan perkara yang sama untuk kelabnya.

"Martinez melakukan penyelamatan penting buat Argentina dan di sebabkan itu, mereka memenangi Piala Dunia.

"Sudah tentu, dia merupakan antara penjaga gol terbaik di dunia. Bagi saya, itu sudah cukup membanggakan," kata pengendali pasukan Aston Villa, Unai Emery.