Kemenangan 2-1 dalam masa tambahan dalam aksi playoff tempat ketiga saingan Piala Asia B-23 menyaksikan Iraq layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris, manakala Indonesia memiliki satu lagi talian hayat untuk ke pentas berprestij itu.

Pertembungan playoff tempat ketiga menawarkan tiket ke Sukan Olimpik, dengan Iraq muncul pemenang perlawanan ke atas Indonesia.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Abdullah bin Khalifa yang menghadirkan suasana penuh tegang serta tekanan menggunung buat kedua-dua pasukan, keterujaan, dan detik-detik penuh dramatik.

Indonesia, yang menampilkan permulaan cemerlang apabila membuka jaringan menerusi rembatan jarak jauh Ivan Jenner. Kelebihan itu bagaimanapun segera dinafikan apabila Zaid Tahseen menyamakan kedudukan menerusi tandukan yang penuh berbisa.

Selepas perlawanan diheret ke masa tambahan, Ali Jasim memastikan Iraq di hadapan dan menjadikan gol tersebut sebagai langkah terakhir mereka untuk memastikan slot ke Sukan Olimpik.

Walaupun Iraq kini boleh mengalih tumpuan serta persiapan ke Paris, Indonesia perlu sekali lagi merencana taktikal dan strategi untuk menebus talian hayat terakhir menjalgn aksi kelayakan Olimpik menentang Guinea 9 Mei ini.