Persatuan Bolasepak (FA) England menerusi kemas kini di laman X Emirates FA Cup mengumumkan bahawa seluruh perlawanan timbal balik Piala FA bermula daripada perlawanan pusingan pertama akan dimansuhkan mulai musim depan.

Pemansuhan perlawanan timbal balik itu merupakan langkah baru dari FA England dan Liga Perdana Inggeris (EPL), yang akan menyaksikan tambahan duit sebanyak £33 juta (RM 196.04j) untuk bola sepak akar umbi setiap musim.

Keputusan itu dipengaruhi dan dipersetujui berdasarkan pertandingan dari pada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Selepas ini, semua pusingan perlawanan akan dimainkan pada hujung minggu tatkala pusingan kelima telah diadakan pada pertengahan minggu sejak lima musim lalu.

Perlawanan akhir Piala FA pula akan dilangsungkan pada minggu kedua terakhir liga iaitu pada Sabtu -- tanpa perlawanan liga utama dilangsungkan pada hari yang sama.