Umum mengetahui JOHOR Darul Ta'zim (JDT) telah melebarkan sayap jenama kelab itu sebagai JDT Racing Team apabila baru -baru ini mereka sah menceburi arena perlumbaan permotoran bersama-sama pelumba berpengalaman negara Hafizh Syahrin Abdullah mulai musim 2024.

Namun wujud persoalan apakah maksud sebenarnya di sebalik gambar ini?
Melalui temubual eksklusif Hafizh Syahrin yang lebih dikenali sebagai Pescao bersama Stadium Astro pada Rabu, beliau ada menyatakan bahawa itulah simbolik yang selalu TMJ laksanakan untuk memberitahu bahawa jangan banyak berkata-kata tetapi perlu melaksanakannya.

“Sebenarnya gambar itu menceritakan segalanya ataupun orang yang tengok gambar sama ada TMJ buat macam itu pun atau orang lain saya rasa dia akan faham kenapa gambar yang macam ni kan?,”

“Maknanya ada masa orang tidak berada dalam kasut kita dan adakalanya terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa, dan itulah simbolik yang selalu TMJ laksanakan,” ujarnya lagi.

“Saya berpendapat semua pihak faham tentang gambar itu dan itulah kami sentiasa mahu berikan yang terbaik dalam apa jua keadaan.

“Jadi ini membuatkan saya percaya saya ada orang kuat yang sentiasa menyokong saya dalam semua perkara dan saya mempunyai pemikiran yang tenang untuk berlumba nanti.