Muzaffar Musa
Tue Oct 06 2020
Sofia Kenin mara buat kali pertama ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis selepas menewaskan Fiona Ferro 2-6, 6-2, 6-1.
Juara Terbuka Australia itu bermula perlahan tetapi bangkit dengan gemilang untuk mencongak perhitungan sama ada dengan Ons Jabeur atau Danielle Collins -- perlawanan di antara kedua-dua pemain itu terpaksa ditunda berikutan cuaca buruk malam tadi.
Pemain pilihan ketujuh, Petra Kvitova, pula akan berdepan Laura Siegemund dalam suku akhir selepas masing-masing menewaskan Zhang Shuai dan Paula Badosa dengan straight set.
Berdepan wakil ltuan rumah di Court Philippe Chatrier, Kenin mempamerkan aksi di kelas tersendiri untuk bangkit daripada kekalahan dalam set pertama dan menyingkirkan Ferro dalam dua set berikutnya.
Dia kemudian mengakui bahawa selama ini dia tidak gemar bermain di atas gelanggang tanah liat tetapi ia telah berubah kerana sudah mula menikmati permainan di permukaan itu.
"Saya amat berbangga dengan diri saya. Terdapat banyak emosi dan saya amat gembira dapat memenanginya. Penyokong hari ini bukanlah yang terbaik tetapi ia dapat difahami.
"Saya biasanya tidak bermain baik di atas tanah liat. Selama beberapa tahun ini, saya benci bermain di atas tanah liat dan pada tahun lalu, saya mula menggemarinya buat kali pertama.
"Saya amat berbangga kerana mara sejauh ini dalam kejohanan ini," katanya.
Sementara itu, Kvitova mara ke suku akhir di Roland Garros buat kali pertama sejak lapan tahun lalu selepas menewaskan Zhang dalam tempoh sejam 25 minit.
Pemain Republik Czech itu bangkit daripada serangan berpisau dalam edisi 2017 dan berkata memori pahit itu kembali menghantuinya di penghujung perlawanan malam tadi.
"Saya menjadi agak beremosi pada dua mata terakhir perlawanan ini.
"Segala-galanya muncul kembali seperti ketika saya mempunyai seluruh keluarga saya dan orang yang menyayangi saya.
"Mereka membantu saya menghadapi waktu yang sangat-sangat sukar itu.
"Ia sememangnya satu perjalanan yang panjang," katanya.
Terbuka Miami: Kvitova bergelar juara sekat hajat 'Sunshine Double' Rybakina
Perjalanan luar biasa Elena Rybakina di Amerika Syarikat ditamatkan oleh Petra Kvitova, yang meraih kemenangan 7-6, 6-2 dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Miami awal pagi tadi.
Terbuka Miami: Kvitova ke final atasi Cirstea
Petra Kvitova mara ke final acara perseorangan buat kali ke-41 sepanjang kariernya selepas menewaskan Sorana Cirstea 7-5 6-4 dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Miami hari ini.
Masters Cincinnati: Kvitova singkir Keys untuk ke final
Petra Kvitova menyingkirkan wakil tuan rumah, Madison Keys, untuk mara ke final Kejohanan Tenis Masters Cincinnati, sekali gus kembali ke kelompok 20 pemain terbaik dunia.
Tenis Eastbourne: Kvitova atasi Ostapenko untuk bergelar juara
Aksi gemilang yanhg dipamerkan Petra Kvitova menyaksikan dia mudah mengatasi Jelena Ostapenko 6-3, 6-2 untuk bergelar juara Kejohanan Tenis Antarabangsa Eastbourne malam tadi.
Terbuka Indian Wells: Svitolina, Azarenka tempah slot ke pusingan 16
Elina Svitolina memerlukan tiga set untuk mara ke pusingan berikutanya saingan Terbuka Indian Wells, manakala bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka, menyingkirkan Petra Kvitova dalam aksi straight set.
Tenis Terbuka Stuttgart: Barty lolos ke separuh akhir
Pemain nombor satu dunia, Ash Barty, berjaya memastikan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Stuttgart dengan kemenangan 2-6, 6-1, 7-5 ke atas Karolina Pliskova.
Terbuka Stuttgart: Barty pamer permulaan cemerlang
Ash Barty tidak berdepan masalah untuk menewaskan Laura Siegemund menerusi penampilan pertamanya dalam Kejohanan Tenis Terbuka Stuttgart selepas hanya memerlukan 84 minit untuk meraih kemenangan 6-0, 7-5.
Terbuka Perancis: Kenin benam Kvitova untuk ke final
Sofia Kenin akan berdepan Iga Swiatek menerusi final pertamanya dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis selepas mencatatkan kemenangan straight-set ke atas Petra Kvitova malam tadi.
Terbuka Perancis: Kenin, Kvitova ke suku akhir
Sofia Kenin mara buat kali pertama ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis selepas menewaskan Fiona Ferro 2-6, 6-2, 6-1.
Venus atasi Kvitova untuk ke separuh akhir
Pemain tenis wanita Amerika Syarikat, Venus Williams, berjaya mengesahkan tempatnya di separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat selepas menundukkan cabaran wakil Republik Czech, Petra Kvitova.
Farris lauds Inter maturity in Empoli triumph but tempers Scudetto hopes
Farris lauds Inter maturity
Arsenal 'looked more like ourselves' in Palace triumph, says Slegers
Slegers: We looks more like us
Marseille 1-1 Strasbourg: De Zerbi's side lose ground in title race
Report: Marseille 1-1 Strasbourg
Solskjaer says Besiktas job reminds him of Man United stint
Solskjaer speaks on Besiktas role
Inter 3-1 Empoli: Martinez stunner helps hosts keep pace with Napoli
Report: Inter 3-1 Empoli
'We want to build on this' - Foden wants more after Ipswich double
Foden: We want to build on this
Manchester City 2-4 Manchester United: Toone hat-trick seals derby day delight
Report: Man City 2-4 Man United
Dele Alli makes football comeback after signing 18-month deal at Como
Dele Alli signs for Como
Ancelotti lauds 'best in the world' Mbappe after Las Palmas brace
Ancelotti lauds Mbappe display
Moyes praises 'fast start' in first win back as Everton manager
Moyes praises 'fast start'