Petra Kvitova mara ke final acara perseorangan buat kali ke-41 sepanjang kariernya selepas menewaskan Sorana Cirstea 7-5 6-4 dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Miami hari ini.

Kvitova, 33, telah memenangi 29 gelaran perseorangan, termasuk lapan kejuaraan WTA 1000.

Walaupun telah membuktikan dia masih mampu bersaing di tahap tertinggi -- layak ke final Kejohanan Tenis Dubai 2020, Terbuka Qatar 2022 dan Terbuka Cincinnati 2022 -- kali terakhir dia memenangi kejohanan bertaraf WTA 1000 adalah dalam Terbuka Madrid pada 2018.

Berdepan wakil Romania, Cirstea -- yang turun dalam pertemuan itu dengan rekod sembilan kemenangan daripada 10 perlawanan terakhir -- pemain veteran Republik Czech itu kelihatan bergelut pada awal permainan, di mana servisnya dipatahkan sewaktu ketinggalan 2-5.

Bagaimanapun, dia menyelamatkan dua mata akhir dan memanfaatkan momentum itu untuk memenangi tujuh game berturut-turut untuk memenangi set pertama dan terus mendahului sehingga pnghujung set kedua.

Dia seterusnya akan bertemu Elena Rybakina bagi penentuan gelaran selepas pemain itu menewaskan Jessica Pegula dalam satu lagi perlawanan separuh akhir semalam.