Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Terbuka Korea selepas berjaya mengatasi pasangan China, Guo Xin Wa-Li Qian di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, Korea Selatan sebentar tadi.
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke perlawanan akhir Terbuka Korea selepas menewaskan gandingan berpengalaman dari China, Cheng Xing-Zhang Chi.
Kemenangan itu membolehkan Tang Jie-Ee Wei yang berstatus nombor 12 dunia berdepan satu lagi wakil China, Guo Xin Wa-Li Qian yang mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan wakil tuan rumah, Kim Won-ho-Jeong Na-eun.
Kedua-dua beregu mempamerkan aksi cemerlang di set pertama, saling mengutip mata demi mata sebelum wakil China terlebih dahulu menoktahkan set pertama dengan kemenangan 21-17.
Ketinggalan dalam set pertama tidak menggugat corak permainan Tang Jie-Ee Wei, apabila mereka memperkemaskan aksi sebelum menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-13 untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Segalanya serba menjadi buat pasangan negara itu apabila berjaya mendahului 13-8 menerusi corak permainan pantas yang gagal disaingi beregu China itu.
Mereka berjaya mengekalkan kelebihan sehingga tamat permainan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-13.
Ammar Hakim
Sun Sep 01 2024
Badminton Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mudah tewaskan pasangan Indonesia, mara ke pusingan seterusnya
Pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati, dengan kemenangan straight set dalam Badminton Terbuka India di Pusat Sukan Indira Gandhi, sebentar tadi.
Badminton Terbuka India: Tang Jie-Ee Wei langkah kanan di New Delhi
Beregu campuran negara, Chen Tang Je-Toh Ee Wei, meneruskan kemaraan ke pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka India yang berlangsung hari ini.
Badminton Terbuka India: Jun Hao lakar kejutan singkir pemain China
Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao, melakar kejutan menyingkirkan Li Shi Feng dari China dalam aksi pusingan 32 Terbuka India, hari ini.
Badminton Terbuka India: Sze Fei-Izzuddin mara ke pusingan 16
Beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melangkah ke pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia selepas menundukkan satu lagi pasangan negara, Tan Wee Kiong-Nur Mohd Azriyn Ayub, sebentar tadi.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M. Thinaah turun satu tangga
Perjuangan dua gandingan beregu campuran negara dalam Petronas Terbuka Malaysia sangat berbaloi selepas mempamerkan prestasi memukau selain mencipta sejarah melangkah ke peringkat separuh akhir meskipun tewas kepada lawan masing-masing di Axiata Arena, minggu lalu.
Petronas Terbuka Malaysia: Langkah Man-Tee terhenti, tiada wakil negara di final
Gandingan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, tidak berhasil menjadi wakil tunggal negara lolos ke peringkat akhir selepas perjuangan mereka dihentikan wakil China dalam separuh akhir Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Cabaran Tang Jie-Ee Wei di laman sendiri berakhir!
Cabaran beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berakhir selepas tewas kepada lawan di ranking nombor satu dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dalam aksi separuh akhir Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Petronas Terbuka Malaysia: Penantian 60 tahun tidak kesampaian, Soon Huat-Shevon Lai kandas di separuh akhir
Hajat pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, memecahkan kebuntuan selama 60 tahun negara tidak kesampaian apabila tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi rubber set 21-17, 12-21, 16-21 Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Herry Iman Pierngadi sahut cabaran kemudi beregu lelaki negara
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pelantikan Herry Iman Pierngadi yang akan mula berkhidmat sebagai ketua jurulatih beregu lelaki kebangsaan, awal bulan depan.
Petronas Terbuka Malaysia: Info Siaran Langsung (Live Streaming) separuh akhir tiga wakil negara
Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 sehari lagi menghampiri kemuncaknya dengan tiga wakil negara bakal turun membuat perhitungan separuh akhir di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Australian Open: Djokovic 'blessed' to set grand slam record
Djokovic delighted with major feat
Draw specialists Juventus being held back by stalemates, says Motta
Motta: Draws holding Juventus back
Guardiola: Man City absences played their part in Brentford capitulation
Guardiola rues missing players
Glasner fears Palace could lose Chalobah amid Chelsea recall rumours
Preview: Leicester v Palace
Australian Open: Alcaraz backs 'incredible' Fonseca to become one of the best
Alcaraz backs Fonseca to win a slam
Australian Open: Djokovic marks historic grand slam match in style
Djokovic overcomes stubborn Faria
NBA: Cavaliers bounce back to end Pacers' 6-game winning streak
Cavs bounce back, cool Pacers
Australian Open: Two-time champion Osaka rallies to beat Muchova
Osaka fights back to progress
Australian Open: Awesome Alcaraz marches on in Melbourne
No fuss for Alcaraz
Australian Open: Zheng offers no excuses as Andreeva fights back
Zheng out, Andreeva through