Beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melangkah ke pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia selepas menundukkan satu lagi pasangan negara, Tan Wee Kiong-Nur Mohd Azriyn Ayub, sebentar tadi.

New Delhi menjadi destinasi pemain negara bagi kejohanan kedua musim ini, menyaksikan pertembungan antara dua beregu negara yang cukup sengit berkesudahan dalam tempoh 41 minit.

21-16, 21-16 keputusan kemenangan yang diperoleh Sze Fei-Izzuddin yang ketika ini mencari peluang untuk mara jauh dalam kejohanan kali ini susulant tersingkir di pusingan awal Terbuka Malaysia.