Pasangan beregu lelaki dan wanita, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Pearly Tan-M. Thinaah bakal membuat perhitungan dalam Terbuka Finland di final malam ini.

Sze Fei-Izzuddin menumbangkan pilihan utama, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China buat pertama kali, bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar kemenangan 19-21, 21-17, 21-18 bagi memastikan slot ke final ketiga dalam lima kejohanan.

Juara bertahan, Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen, bakal menjadi halangan terakhir dalam usaha mereka untuk terus menampilkan musim yang cukup cemerlang.

Pearly Tan-M.Thinaah, pila mara ke final selepas menewaskan pilihan kedua kejohanan daripada Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dan bakal berdepan pilihan pertama kejohanan dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Saksikan secara langsung bermula jam 5 petang ini menerusi Astro Supersport 4 saluran 814 dan anda boleh strim secara langsung di Astro Go.