Wakil Indonesia, Jonatan Christie, menunjukkan jalan keluar buat Leong Jun Hao ketika perlawanan peringkat ke-32 Terbuka Denmark di Arena Jyske Bank, Odense, sebentar tadi.

Jun Hao terlebih dahulu mengikat permainan 10-10 di set pertama sebelum pilihan keempat kejohanan itu menjarakkan lima mata untuk kedudukan 16-11 dan tidak memberi peluang buat Jun Hao melakar kebangkitan seterusnya menoktahkan kemenangan 21-16.



Memasuki set kedua, Jonatan Christie meneruskan rentak permainan yang berkualiti apabila tidak melakukan kesilapan mudah untuk memberi buat kelebihan buat Jun Hao.

Wakil negara yang berada di kedudukan ranking ke-30 dunia itu sukar menangani corak aksi yang dipamerkan oleh lawannya, sekali gus disingkirkan menerusi kekalahan straight set 21-16, 21-14 dalam tempoh 42 minit.