Kementerian Belia dan Sukan bakal pertimbangkan gandingan profesional, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei untuk dimasukkan ke dalam program Road to Gold susulan prestasi cemerlang.

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama prospek rakan muda di Penjara Kajang, memuji gandaingan yang mesra disapa 'DinFei' serta Pearly Tan-M-Thinaah, atas aksi cemerlang di Terbuka Finland baru-baru ini.

Hannah juga berharap pemberian skim hadiah kemenangan sukan mampu dipertimbangkan untuk insentif kemenangan terhadap beregu remaja negara, Aaron Tan dan Khang Khai Xing selepas menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia.

Sementara itu, Hannah juga berkesempatan melawat dan menyempurnakan majlis program rakan muda - Skills For Life melibatkan seramai 20 prospek yang dilatih untuk mempunyai kemahiran golf sebagai 'caddy' di Kelab Golf Penjara Kajang.