Wartawan Astro Arena, Azlan Mubin, berpeluang melihat sesi latihan pemain tenis sensasi dunia, Rafael Nadal, dalam sesi liputannya di Sukan Olimpik Paris 2024, di Roland Garros, semalam.

Dia berasa teruja dapat melihat juara dunia itu berlatih yang juga idolanya dalam sukan itu di hadapan mata sendiri.




"Korang mesti ingat kenapa aku main sepak takraw dahulu pakai 'wristband', kerana dia (Rafael Nadal) lah. Dia sedang berlatih ketika ini" katanya.





Rafael Nadal tidak mengecewakan dalam penampilan sulung acara beregu bersama Carlos Alcaraz yang dinanti-nantikan apabila mara ke pusingan kedua Sukan Olimpik Paris 2024.

Nadal dijangka akan gantung raket pada hujung tahun ini dengan Sukan Olimpik akan menjadi akis terakhirnya bersama mewakili pasukan kebangsaan di Roland-Garros, di mana dia telah memenangi 14 gelaran Terbuka Perancis.