Juara bertahan Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Johor, memulakan misi mempertahankan kejuaraan dengan mengadakan Majlis Pelancaran Sukma Johor, Sukma 2024, The Next Chapter.

Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor itu adalah simbolik 200 hari menuju Sukma Sarawak pada Ogos depan.

Antara intipati lain, majlis tersebut ialah pelancaran pempengaruh yang melibatkan dua atlet negara yang juga anak jati johor, Shah Firdaus Sahrom dan Nurfariha Abdul Razak, yang bertujuan menyemarakkan semangat atlet Johor di samping menyebarkan kesedaran tentang kepentingan sukan.

Selain itu, bekas petinju negara, Farkhan Haron, terpilih sebagai wira untuk -- Program ‘The Heroes’ Alma Mater Sukma Johor -- bagi menghargai jasa bekas-bekas atlet yang pernah menabur bakti kepada negeri selatan tanah air tersebut.