Menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak Julai ini, kehangatannya semakin dirasakan di bumi Bumi Kenyalang itu.

Sabtu ini, Sarawak Xtive mengajak orang ramai untuk menyertai larian baton Sukma di peringkat bahagian Limbang 2024 akan diadakan di Taman Awam Lawas.



Selain larian baton, acara di Lawas ini turut membabitkan aktiviti aerobik dan beberapa pertandingan melibatkan e-sukan.

Sukma Sarawak akan diadakan sekitar sembilan lokasi sekitar Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri pada 17 hingga 24 Ogos.