Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan, menamatkan penantian lepan tahun untuk menyaksikan kem negara mempunyai wakil angkat berat di temasya terbesar sukan dunia itu.

Namun, kejayaan dia berpaksikan pada rekod baik dalam ekosistem sukan walaupun seringkali dikaitkan dengan kemelut kes doping sehingga digantung oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) daripada menyertai sebarang pertandingan.

Dia juga merayu kepada semua atlet pelapis agar menjauhi semua bahan terlarang demi kelangsungan skuad negara untuk beraksi di pentas antarabangsa.

"Memandangkan masalah doping ini pernah terjadi maka saya berharap selepas ini tiada atlet dari Malaysia yang bakal menghadapi masalah itu lagi.

"Kami di Majlis Sukan Negara (MSN) bersama atlet lain cuba untuk membawa kembali sukan angkat berat negara ke peringkat yang lebih tinggi.

"Sebagai anak keturunan jawa jadi saya bangga dengan perkara itu. Kebiasaannya orang jawa ini mempunyai tenaga kudrat yang kuat kerana orang jawa sering menoreh getah jadi dari usia kecil telah dilatih." katanya.