Atlet angkat berat negara, Aniq Kasdan, yang telah berjaya mara secara merit ke sukan Olimpik Paris 2024, sedang menanti perancangan dari Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat, bagi merangka pelan latihan insentif untuk membuatkan dirinya mampu bersaing pada tahap terbaik.

Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat, telah berbincang bersama Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memastikan Aniq mampu menambah kekuatan otot untuk bersaing dalam kelompok atlet angkat berat dunia.

Selain itu, Datuk Ayub, berkata, lokasi latihan akan lebih tertumpu di Rompin, kerana beliau menegaskan fasa latihan di gelanggang itu lebih baik berbanding latihan di Indonesia.

"Saya sudah meminta pihak MSN dan ISN untuk mengkaji ruang bagi mempertingkatkan kekuatan otot dia dan melihat potensi yang di miliki.

"Suasana di Rompin lebih baik berbanding di luar negara kerana keadaan lebih terkawal, disiplin lebih terjaga dan sentiasa dipantau. Maka, saya mungkin akan membuat keputusan bahawa latihan Aniq perlu dilakukan di sini." Katanya.

Pada usia yang masih muda, Aniq telah memenangi pingat emas sukan Komanwel di Birmingham pada tahun 2022.

Sebelum itu, dia mencipta sejarah dengan merangkul pingat di kejohanan dunia. Aniq kini menduduki ranking ke-290 dalam Persatuan Angkat Berat Dunia (IWF).