Bekas pemain nombor satu dunia, Victor Axelsen, meluahkan kekecewaanya terhadap Perseketuan Badminton Dunia (BWF) yang memuat naik kenyataan berhubung penarikan dirinya daripada Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.

Terdahulu, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 itu mengumumkan bahawa dia tidak akan bertanding dalam kejohanan terakhir tahun ini ekoran kecederaan kaki kirinya.

Pemain di ranking ketiga dunia itu berkongsi maklum balas e-mel yang diterimanya daripada BWF berkenaan dokumen sokongan perubatan yang diperlukan sebaga bukti untuk mendapatkan pengecualian penalti.

Atlet berusia 30 tahun itu menyuarakan pandangan terhadap ketidak puas hatiannya mengenai respons tersebut dan membalas: “Saya telah mencuba beberapa kali untuk menghantar dokumen sokongan ketika mengalami kecederaan tetapi tetap mendapat denda sebelum ini.



"Teruskan dan sila hantar denda kepada saya," tulisnya.

Tahun lalu, wakil daripada Denmark itu mengecam tindakan BWF berhubung hadiah wang tertunda dan kebajikan pemain.

Isu itu timbul selepas bintang dunia itu berkata BWF mendendanya $5000 (RM22,331) kerana tidak bermain dalam Terbuka Singapura, di mana dia menjalani pemulihan kerana ketegangan otot.

BWF membalas dengan mengatakan kenyataan Axelsen adalah tidak tepat dan di luar konteks.

Axelsen dalam jawapannya terus mempersoalkan kebajikan pemain berkenaan dengan wang hadiah mereka.