Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, berkongsikan berkenaan harapannya ketika berusia 19 tahun untuk menjadi pemain terbaik dalam kancah sukan badminton.

Ketika berada di bawah kendalian bekas jurulatihnya, Misbun Sidek, yang bertanyakan berkenaan matlamat pemain itu dalam sukan badminton dia menjawab: "Saya memberitahu impian saya untuk menjadi pemain nombor satu di Malaysia dan keduanya saya ingin membeli kereta,". katanya.

Malah, dalam satu video yang tular dia juga menjawab spekulasi bahawa dia mempunyai sebanyak 10 buah kereta tetapi sebagai atlet dia mengakui mempunyai minat pada kenderaan pacuan empat roda dan mempunyai sport car.

"Saya tidak mempunyai 10 kereta, kereta pertama saya merupakan Proton Wira kemudian Proton Saga dan ketiga kereta jenama Toyota.





"Semua orang tahu saya ada sport car, kami atlet sukan biasalah jika kami mempunyai sport car."katanya dalam satu temu bual di laman Instagram miliknya.