Pemain sayap berpengalaman, Manuel Hidalgo, mungkin dipersiapkan untuk mengisi kuota pemain naturalisasi bersama skuad kebangsaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim, Alistair Edwards mengesahkan bahawa pemain tersebut kini merupakan pemain Harimau Selatan namun dipinjamkan ke Sri Pahang FC untuk musim 2024/2025.

Dia sebelum ini beraksi bersama Tok Gajah sejak 2021 hingga 2022 sebelum berhijrah ke kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 2023.

Untuk mendapat hak kerakyatan sebagai pemain naturalisasi, pemain tersebut perlu sekurang-kurangnya berada di Malaysia selama lima tahun sebelum diserap bersama skuad kebangsaan.