Selepas tiga musim terlepas slot ke Liga Perdana, kelab Petaling Jaya Rangers (PJ Rangers) tidak menunggu lama untuk mengorak langkah bagi menghadapi saingan musim depan apabila melamar bekas penolong jurulatih kebangsaan, Hassan Sazali Waras, selaku pengendali baru.
Timbalan Presiden PJ Rangers, Simon Lim, menyifatkan pemilihan Hassan adalah berdasarkan pengalamannya yang telah lama berkecimpung dalam bidang kejurulatihan.
"Pengalamannya sangat luas sejak daripada ketua jurulatih Harimau Muda C, Harimau Muda B, Harimau Muda A sehingga pembantu jurulatih bagi skuad Sukan SEA negara. Dia juga pernah memegang jawatan pembantu jurulatih untuk skuad senior.
"Jadi, cara dia bekerja serta pengalaman yang dimiliki adalah sesuatu yang diperlukan oleh PJ Rangers buat masa sekarang," katanya.
Hassan akan memulakan tugasannya pada 1 November ini dan dia memberikan bayangan majoriti bekas skuad Harimau Muda bakal memperkuatkan PJ Rangers.
Bagaimanapun, dia tidak bermaksud untuk melakukan rombakan besar-besaran kerana mahu melakukan penilaian terlebih dahulu terhadap skuad sedia ada.
"Saya mungkin mengambil pemain-pemain yang pernah bersama dengan saya sebelum ini. Mereka tidak berpeluang untuk beraksi bersama pasukan-pasukan daripada Liga Super atau Liga Perdana. Tidak salah mereka mendapatkan semula sentuhan mereka dan meningkatkan kualiti sedia ada," ujar Hassan.
Dalam masa sama, Hassan juga menjelaskan dia bersedia mengharungi pasukan berstatus Liga FAM kerana ia sebenarnya tidak asing buat dirinya.
"Saya pernah membawa pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 2006 dimana kami melayakkan diri ke final menentang Johor FC pada waktu itu.
"Saya juga pernah bersama Harimau Muda C selama lima tahun," tambahnya.
Penulis Jemputan
Fri Oct 20 2017
Trafik sesak: Jumpa lepas Aidilfitri menjelang sepak mula Liga M
Aliran trafik di seluruh negara kini sedang merekodkan kesibukan kenderaan keluar dari ibu negara menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam minggu hadapan.
Alexandre Polking di bawah radar kemudi Selangor FC
Selangor FC berpaling kepada bekas jurulatih skuad Gajarah Perang sebagai calon terbaru untuk mengemudi kelab itu.
'Terima kasih, biar jasa jadi kenangan' - Kedah Darul Aman
Kedah Darul Aman (KDA) mengucapkan terima kasih kepada lima pemain tempatan KDA musim 2023 atas sumbangan dan khidmat mereka.
Francisco Geraldes keluarga baru Johor Darul Ta'zim
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan Francisco Geraldes selaku pemain baru mereka dalam satu ciapan di aplikasi X @OfficialJohor sebentar tadi.
Info Siaran Langsung: Sidang Media Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia musim 2024/25
Mat Yo ceburi bidang e-sukan?
Pemain bolasepak professional, Norshahrul Idlan Talaha, didaftarkan oleh pasukan Harini FT untuk bersaing di kejohanan ePiala Malaysia 2023.
Kuala Lumpur City beri Perak FC gambaran sebenar -- Yusri
Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah, sukar menerima kekalahan besar kepada Kuala Lumpur (KL) City FC ketika pasukannya memerlukan mata untuk terus kekal bersaingan dalam Liga Super.
Perlawanan peringkat remaja Liga Malaysia terbatas
Setelah menunjukkan aksi yang berkualiti tinggi serta semangat juang yang tidak pernah putus asa untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, nasib masih tidak menyebelahi pemain muda negara apabila tewas tipis di tangan juara bertahan temasya Sukan SEA , Vietnam.
Pelbagai kandungan Astro tingkatkan profil Liga Malaysia
Saya teruja dengan pengumuman Astro kembali sebagai penyiar rasmi untuk Liga Malaysia (Liga M) selama tiga tahun bermula 2023.
UiTM tarik diri daripada Liga Super
Liga Malaysia (Liga-M) terus menerima tamparan hebat apabila UiTM FC sah menarik diri daripada saingan Liga Super musim ini bagi menyusuli jejak Petaling Jaya City.
NBA: Nuggets close to Lakers sweep, Embiid has 50 as Sixers cut deficit
NBA: Nuggets 3-0 up, Embiid has 50
Thomas Cup: Malaysia prediction line-up vs Hong Kong
Malaysia will open their anticipated Thomas Cup Group D campaign against Hong Kong on Saturday (8.30am), and StadiumAstro takes a look at the national team's potential line-up in this pivotal clash.
D.C. United v Seattle Sounders: Jordan Morris reflects on ‘special’ moments with club-doctor father
Preview: D.C. v Seattle Sounders
Philadelphia Union v Real Salt Lake: Curtin keen to maintain tough reputation
The Philadelphia Union are still unbeaten in MLS this season, but upcoming opponents Real Salt Lake are also in fine form.
New York City v Charlotte FC: Cushing wants more from in-form hosts
New York City v Charlotte preview
FC Cincinnati v Colorado Rapids: Armas wants players to enjoy rise
FC Cincinnati v Colorado preview
Guardiola insists three teams still in title hunt despite Liverpool slip-up
Guardiola: Don't rule Liverpool out
Foden: De Bruyne the best in the Premier League
Foden: KDB best in Premier League
Los Angeles FC v Portland Timbers: Neville relishing swift rematch
Preview: LAFC v Portland Timbers
Brighton 0-4 Manchester City: Foden at the double as champions leapfrog Liverpool
Report: Brighton 0-4 Man City