Ketika status kecergasan pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, yang masih menjadi tanda tanya, skuad negara diberi sinar baru apabila perseorangan muda negara, Justin Joh, mengesahkan bahawa dirinya kini sudah pulih 100 peratus dari kecederaan sepanjang musim 2023 dan 2024.

"Saya sudah dapat kepastian bahawa kecergasan saya sudah pulih dan bersedia untuk menyertai kejohanan Piala Thomas.

"Saya sangat berbangga jika diberi peluang kerana ia merupakan kali pertama saya menyertainya dan saya akan mencuba yang terbaik," kata Justin Hoh.

Dalam masa sama, pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, ramuan istimewa sedang diadun di dalam kem latihan skuad Piala Thomas dan Piala Uber yang sudah bermula hari ini.

Rexy turut berkongsi, pemain beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan, kini dalam proses rehabilitasi ekoran kecederaan belakang yang di alaminya.