Muzaffar Musa
Sun Jun 04 2023
Pep Guardiola menggesa Manchester City untuk melengkapkan kegemilangan mereka dengan memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menjulang Piala FA malam tadi.
City melengkapkan kejayaan berganda di peringkat domestik buat kali kedua di bawah bimbingan Guardiola selepas menewaskan Manchester United 2-1 di Stadium Wembley.
Ilkay Gundogan menjaringkan kedua-dua gol pasukannya, termasuk voli gemilang seawal 12 saat usia permainan -- gol tercepat dalam sejarah final Piala FA -- sekali gus membuktikan perbezaan kekuatan City berbanding pasukan jiran itu.
Di sebalik deretan kejayaan City sepanjang beberapa tahun ini, termasuk lima gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan empat kejuaraan Piala Liga Inggeris (EFL), mereka masih belum memenangi sebarang gelaran UCL.
Mereka berpeluang untuk menamatkan penantian itu apabila menentang Inter Milan dalam final UCL di Istanbul hujung minggu depan.
Pengurus City, Guardiola, berkata: "Semua orang mengetahuinya. Kami telah melalui musim-musim yang hebat -- lima EPL, dua Piala FA, Piala Carabao, tetapi kami perlu memenangi UCL untuk diiktiraf seperti pasukan yang layak untuk diiktiraf.
"Kami perlu mengakuinya, tanpa UCL -- ia tetap luar biasa dan menyeronokkan -- tetapi kami kekurangan sesuatu. Kami perlu melakukannya.
"Kami hanya dibezakan saru kemenangan lagi. Saya boleh katakan ia luar biasa, diingati, bahawa sepanjang tiga tahun ini, kami melalui dua final dan satu separuh akhir UCL.
"Tetapi pada akhirnya, kami perlu memenanginya. Saya tahu bagaimana lumrahnhya. Saya sudah katakan kepada pemain 'anda perlu meletakkan tekanan itu kepada diri anda untuk diiktiraf bahawa anda telah memenangi sesuatu yang hebat di Eropah," katanya.
Liverpool pada asal tidak minat tandatangani Darwin Nunez
Pasukan pengambilan pemain Liverpool lebih gembar menandatangani bintang Liga Perdana Inggeris yang berbeza berbanding Darwin Nunez dua tahun lalu, menurut satu laporan.
EPL: Atasi Brighton pastikan Man City pintas Liverpool
Phil Foden menjaringkan dua gol ketika membantu Manchester City memintas Liverpool dan kekal dalam persaingan takhta Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Brighton 4-0.
Piala Asia B-23: Jepun singkir tuan rumah, di landasan terbaik dakap kejuaraan
Jaringan gol dalam masa tambahan oleh Mao Hosoya dan Kotaro Uchino memastikan Jepun mengatasi 10 pemain Qatar dan mara ke separuh akhir Piala Asia B-23 dengan kemenangan 4-2 ke atas skuad bimbingan Ilidio Vale di Stadium Jassim bin Hamad awal pagi tadi.
Selangor tampilkan kelainan perkenal jersi musim baharu!
Selangor FC memperkenalkan jersi bagi musim baharu 2024-2025 yang memiliki aura serta mirip jersi yang pernah diperaga pasukan tersebut pada tahun 2015.
Piala Asia B-23: Statistik perlawanan Indonesia lawan Republik Korea mengagumkan!
Indonesia membawa cabaran Asia Tenggara ke pentas separuh akhir Kejohanan Piala Asia B-23 apabila menyingkirkan pasukan pilihan Republik Korea dalam aksi suku akhir awal pagi tadi.
Piala Asia B-23: Singkir Republik Korea, Indonesia lolos ke separuh akhir
Skuad bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) Indonesia mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke separuh akhir Piala Asia B-23 2024 selepas menyingkirkan pasukan pilihan Korea Selatan awal pagi tadi.
SAC: Ini kejohanan penting untuk uji kemampuan Selangor sebelum Perlawanan Sumbangsih -- Nidzam Jamil
Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, menganggap Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 bermula esok merupakan kejohanan penting untuk menguji kemampuan The Red Giants menjelang Perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) bulan depan.
Piala Asia B-23: Alasan tiada 'match fitness' salah FAM sendiri -- Pemerhati
Pemerhati bola sepak negara, Hasnizam Uzir, menganggap alasan kecergasan dalam permainan (match fitness) yang diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kegagalan Harimau Muda dalam Piala Asia B-23 di Qatar baru-baru ini sebagai kesilapan badan induk itu sendiri.
SAC: Saya rasa mereka kini lebih hormat saya selepas Piala Asia -- Noor Al-Rawabdeh
Pemain tengah Selangor, Noor Al-Rawabdeh, berasakan dia kini lebih dihormati selepas saingan Piala Asia di Qatar pada Januari lalu.
JDT cemerlang atasi kelab dibarisi Mahrez, Firmino
Juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengorak langkah untuk menguasai Asia apabila terus melakar peningkatan ranking melalui kemas kini terbaharu laman analisis bola sepak, Opta Analyst.
New York City v Charlotte FC: Cushing wants more from in-form hosts
New York City v Charlotte preview
FC Cincinnati v Colorado Rapids: Armas wants players to enjoy rise
FC Cincinnati v Colorado preview
Guardiola insists three teams still in title hunt despite Liverpool slip-up
Guardiola: Don't rule Liverpool out
Foden: De Bruyne the best in the Premier League
Foden: KDB best in Premier League
Los Angeles FC v Portland Timbers: Neville relishing swift rematch
Preview: LAFC v Portland Timbers
Brighton 0-4 Manchester City: Foden at the double as champions leapfrog Liverpool
Report: Brighton 0-4 Man City
World number one Swiatek sees off Xiyu in Madrid opener
No worries for Swiatek in Madrid
Foden matches Messi and Haaland feat with 50th league goal under Guardiola
Foden matches Messi, Haaland
Arne Slot wants to join Liverpool, 'confident' agreement will be struck
Arne Slot confirms Liverpool talks
New Zealand take unassailable series lead after hard-fought victory over Pakistan
NZ go 2-1 up in T20I series