Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino, memberi amaran kepada anak buahnya untuk tidak mengambil mudah tentangan Manchester City menjelang perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris malam ini.

Manchester City akan turun sebagai pasukan yang mempunyai kelebihan walaupun mereka baru sahaja tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropa (UCL) menentang Real Madrid tempoh hari.

Bekas pengendali pasukan Paris Saint German (PSG) itu berkata ia bukan jalan yang mudah dan semestinya menjadi perlawanan yang sukar untuk anak buahnya kerana mereka ingin menutupi kesedihan susulan disingkir oleh Real Madrid.

“Daripada pemerhatian kami, kami akan bersaing dengan Manchester City. Jika anda bertanya kepada saya tentang keadaan mereka, saya boleh memberi pendapat tetapi tidak bercakap tentang itu. Kami akan bersaing dengan mereka.

"Kami tidak bercakap tentang pilihan utama pemain mereka. Bagi saya, kekuatan Manchester City ialah daripada segi mengekalkan idea dan falsafah yang sama.

"Mereka akan bersaing secara kompetitif dan mereka mempunyai kakitangan pegawai kejurulatihan yang menakjubkan untuk menjaga pemain. Mereka akan meletakkan 11 pemain yang akan bermain dengan penuh tenaga untuk memenangi permainan,” katanya.