Shaiful Shamsudin
Sun Apr 21 2024
CONVENTRY 3 MAN UTD 3
(Man Utd layak ke final menerusi penentuan penalti 4-3)
Manchester United mengharungi detik mendebarkan apabila gagal mempertahankan kelebihan tiga sebelum menjamin laluan ke perlawanan akhir Piala FA Inggeris, sebentar tadi.
Converty City mencetuskan cemas buat anak buah Erik ten Hag dalam perhitungan di Wembley itu menerusi kebangkitan luar biasa bagi mengheret perlawanan ke babak masa tambahan yang dicetuskan penyudah Ellis Simms yang tidak dikawal di dalam kotak penalti pada minit ke-71.
Kemudian, dua kali lagi gawang Manchester United dirobek oleh kelab liga divisyen kedua Inggeris itu menerusi Callum O'Hare sebelum sepakan penalti Haji Wright -- seminit sebelum 6 minit masa kecederaan yang diberikan pengadil -berakhir - untuk mengikat kedudukan 3-3.
Ia tidak langsung memadam tiga gol juara 12 kali itu selepas dihukum melalui jaringan Scott McTominay (minit-23), Harry Maguire (masa kecederaan separuh masa pertama) dan Bruno Fernandes (minit ke-58).
Malah, pemain tengah kelahiran Denmark, Victor Torp, nyaris memberi aib kepada United sebelum dihampakan oleh video bantuan pengadil (VAR) yang mengesankan Wright terlebih dahulu di kedudukan sedikit ofsaid ketika bermain 1-2 dengannya.
Takdir Manchester United tampak seakan-akan sudah ditentukan berikutan tendangan awal Casemiro dalam penentuan sepakan penalti itu ditepis oleh Bradley Collins.
Wright dan Torp terus meningkatkan tekanan kepada wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan masing-masing menyempurnakan sepakan mereka.
Dan penjaga gol, Andre Onana, muncul wira ketika United berdepan detik mengembalikan maruah pasukannya apabila menampan sepakan Callum O-Hare selain rembatan Ben Sheaf melepasi palang.
Kemudian tiba giliran Rasmus Hojlund memastikan jaringan kemenangan 4-2 barisan kendalian Ten Hag itu bagi menempah pertemuan final idaman dengan Manchester City pada 25 Mei depan.
EPL: Bruno Fernandes beri bayangan tinggalkan Manchester United
Bruno Fernandes membayangkan dia mungkin meninggalkan Manchester United pada penghujung musim tetapi menegaskan dia tidak akan mempertimbangkan destinasi barunya sehingga selepas saingan Kejohanan Eropah (EURO), pada Jun nanti.
EPL: Saya akan buktikan kemampuan sebenar -- Antony
Pemain sayap Manchester United, Antony Matheus dos Santos, tidak menghiraukan sebarang kritikan dan kecaman ke atas dirinya selepas berjaya menjaringkan gol menentang Burnley FC, Sabtu lalu.
David James hadir saksikan perlawanan akhir Piala FA
Penjaga gol lagenda pasukan Liverpool, David James, mendedahkan bahawa dia turut mengikuti aksi akhir Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu, Oktober lalu.
Battle Of The Reds: Lagenda Liverpool masih bertenaga
Perlawanan Battle Of The Reds menyaksikan legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada Lagenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Liverpool hebat tempuh dua perlawanan serentak
Dua perlawanan melibatkan Liverpool bakal berlaku secara serentak pada malam ini iaitu bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Battle of The Reds yang melibatkan pertembungan legenda-legenda Liverpool dan Manchester United.
EPL: Liverpool tidak akan jadi juara -- Legenda Liverpool
Dalam keterujaan pasukan Liverpool ingin menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) legenda The Reds, John Arne Riise berpendapat bahawa pasukan itu tidak akan menjadi juara kerana peluang keemasan telah dilepaskan dan Manchester City berpeluang meraih trofi itu.
EPL: Manchester United harus waspada ancaman Burnley -- Erik ten Hag
Erik ten Hag menggesa pemainnya supaya tidak bersifat berpuas hati menjelang pertemuan dengan Burnley yang masih berjuang untuk tempat mereka dalam Liga Perdana Inggeris.
Battle of The Reds : M U S M - Man Utd Sentiasa Menang
Jika semalam admin sudah kongsi kepada anda tentang legenda Liverpool, Luis Garcia yang akan turun ke padang Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini legenda Manchester United, Eric Daniel Djemba-Djemba pula yang akan dipaparkan buat anda semua.
Battle Of The Reds: Penampilan khas legenda EPL di Astro Arena malam ini
Sempena perlawanan Battle Of The Reds diantara legenda Manchester United melawan Legenda Liverpool pada Sabtu ini, bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) akan hadir di Studio Astro Arena, Bukit Jalil hari ini.
Battle of The Reds: SNBJ medan legenda Manchester United, Liverpool bertembung!
Manchester Reds dan Liverpool Reds menjelang pertembungan yang dinanti-nantikan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 April 2024.
'It can only get better' - Sabalenka leaving Madrid Open 'with positive thoughts' despite Swiatek defeat
Sabalenka upbeat after Madrid Open
'It hurts to lose' - Inzaghi apologises after Sassuolo defeat
Inzaghi sorry for Sassuolo defeat
Inter Miami 6-2 New York Red Bulls: Messi makes more MLS history as Suarez scores hat-trick
Report: Inter Miami 6-2 NYRB
NBA: Edwards scores 43 to lift Timberwolves over Nuggets in Game 1
Edwards scores 43 as Wolves win
Seattle Sounders v LA Galaxy: Sluggish starts frustrating Vanney
Preview: Sounders v LA Galaxy
Haaland pinpoints collective Man City quality after four-goal blitz of Wolves
Haaland lauds City team effort
Verstappen follows up sprint race win by taking pole at Miami Grand Prix
Verstappen takes pole in Miami
Mallorca 0-1 Atletico Madrid: Early Riquelme strike earns narrow win
Report: Mallorca 0-1 Atletico
Sassuolo 1-0 Inter: Serie A champions suffer surprise defeat
Report: Sassuolo 1-0 Inter
Xavi insists there is 'no debate' over his Barcelona future
Xavi: I am p***** off