Penjaga gol lagenda pasukan Liverpool, David James, mendedahkan bahawa dia turut mengikuti aksi akhir Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu, Oktober lalu.

Bekas pemain kebangsaan England itu berkata, perlawanan tersebut merupakan antara perlawanan yang terbaik pernah disaksikannya.

"Boleh dikatakan saya sudah terbiasa dengan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil ini kerana saya sudah menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di antara JDT menentang Terengganu, tahun lalu.

"Saya tidak kekok dengan cuaca di sini dan saya sentiasa terpegun dengan kehadiran penyokong yang membanjiri stadium ini kerana sorakan mereka sangat menakjubkan," katanya.