Ketua jurulatih Thailand B-23, Ithsara Sritharo, berasa kagum dengan usaha anak buahnya selepas berjaya menang ke atas Iraq dalam perlawanan pembukaan mereka di Piala Asia B-23, Qatar, semalam.

Pasukan dari Asia Tenggara itu mempamerkan aksi mengagumkan untuk menewaskan juara pada tahun 2013 itu di Stadium Al Janoub.

"Kredit harus diberikan kepada kepada semua pemain kerana melakukan yang terbaik.

“Mereka sangat berdisiplin mengekalkan bentuk pertahanan selepas mendahului permainan dan saya amat sangat kagum dengan persembahan mereka malam ini,” kata jurulatih berusia 47 tahun itu.