Hari kedua Terbuka Malaysia 2025 menyaksikan satu lagi kejutan di mana juara All England 2024, Jonatan Christie, tersingkir di pusingan pertama Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, sebentar tadi.

Perseorangan lelaki kelahiran Perancis berjaya menewaskan Christie menerusi rubber set 21-8,14-21,26-24, walaupun berjaya memenangi set pertama, Popov terpaksa akur tewas mudah dalam set kedua di tangan Christie 14-21.

Begitupun, Popov menoktahkan kemenangannya di set penentuan yang mengambil masa 43 minit. Walaupun meninggalkan Christie sebanyak 8 mata dalam awal permainan, namun pemain Indonesia itu berjaya mengikat kedudukan kembali. Namun, Popov berjaya memenangi set penentuan dengan skor 26-24.

Untuk rekod, Christie mencatatkan empat rekod kemenangan ke atas Popov sebelum ini, namun pemain Perancis itu mempamerkan aksi memukau dan menafikan rekod pertemuan itu.