Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, tidak berdepan masalah mara ke pusingan seterusnya Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 selepas menyingkirkan lawan dari Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai, sebentar tadi.

Aksi yang berlangsung selama 36 minit itu menyaksikan wakil negara menewaskan lawan dalam aksi straight set 21-15,21-19 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Wakil negara yang merupakan pilihan keempat kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menamatkan perlawanan terlebih dahulu walaupun menerima cabaran daripada gandingan Presley Smith-Jennie Gai untuk menang 21-15.







Lawan di ranking ke-37 dunia itu cuba mengheret Soon Huat-Shevon Lai ke set penentuan, namun pengalaman yang dimiliki wakil negara memastikan mereka mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 21-19 untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Lawan dari India, Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath mahupun Ashith Surya-Amrutha Pramuthesh menanti wakil negara di kedudukan keenam dunia itu dalam pusingan seterusnya esok.