Pemain beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng, sah mengumumkan persaraannya daripada arena badminton ketika menghuni kedudukan ke-15 dunia bersama pasangannya, Lai Pei Jing.

Dan ketika ditemui wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, perkara itu disahkan sendiri olehnya menerusi perkongsian di laman X, sebentar tadi.

Penampilan dalam kejohanan bertaraf super 1000 sebagai pembuka aksi Jelajah Dunia BWF 2025, Petronas Terbuka Malaysia, bakal menjadi aksi terakhirnya di hadapan peminat tempatan.



Begitupun, pasangan itu dijangka berpisah selepas saingan All England 2025 yang akan berlangsung Mac ini.

"Hanya mahu menikmati dan buat yang terbaik dalam kejohanan ini," katanya.