Gandingan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, menegaskan bahawa program 'Road to Gold' yang diperkenalkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, adalah langkah tepat dan berkesan.

Mereka mengakui program tersebut perlu diteruskan bagi membantu persediaan dan persiapan setiap atlet menjelang edisi Sukan Olimpik seterusnya di Los Angeles 2028.

"RTG betul membantu meningkatkan prestasi kami seperti membawa rakan sepelatih dari Indonesia untuk menguji kekuatan bersama.

"Meskipun mengambil sedikit masa, ia memberi semangat buat kami untuk mendapatkan kembali rentak permainan kami," kata M Thinaah.

Sementara itu, meskipun keputusan di Paris tidak menyebelahi beregu campuran negara, Toh Ee Wei-Chen Tang Jie, mereka segera melupakan kekalahan lalu dan bersedia untuk kembali di LA 2028.

"100% kami akan menyertainya dan sangat bersemangat selain mahu program tersebut diteruskan," kata Chen Tang Jie.