Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, akan bertemu lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, dalam suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024, demikian dilaporkan wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani.

Dalam sesi undian di Porte de la Chapelle Arena sebentar tadi, pasangan negara, yang merupakan juara Kumpulan D, diundi untuk bertemu naib juara Kumpulan A berkenaan.

Seandainya menang, Tang Jie dan Ee Wei akan bertemu pemenang di antara, gandingan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, atau beregu pilihan ketiga dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yoo Jung, bagi penentuan ke final.