Pearly Tan terkilan untuk menghadiahkan pingat gangsa kepada peminat badminton Malaysia selepas dia dan M Thinaah kecundang kepada Nami Matsuyama-Chiharu Shida, sebentar tadi.

Keupayaan mereka sentiasa dibayangi sepanjang pertarungan beregu wanita Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena apabila tumpas secara straight set.

"Terima kasih kepada peminat gear kami walaupun ramai pihak yang anggap kami akan kalah dalam peringkat kumpulan.

"Terima atas semua yang ditulis. Peminat berikan sokongan dan motivasi tinggi, sekali gus memberi semangat di atas gelanggang.



"Dari mula mereka beri tekanan sangat-sangat sukar. kami cuba atasinya dengan fokus satu persatu mata. kami akur kekalahan ini tapi kami sangat sedih sebab sudah sampai perlawanan (merebut) pingat gangsa

"Kami tidak mahu putus asa, tidak mahu berikan kemenangan mudah kepada lawan," kata pemain kelahiran Kedah berusia 24 tahun itu.