Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen, berharap 'air tangannya' membimbing Aaron Chia-Soh Wooi Yik sehingga bakal membuat kemunculan di Paris dalam Sukan Olimpik 2024 bulan ini, membuahkan hasil yang membanggakan buat Malaysia.
Selepas tidak pernah merasai keseronokan beraksi di pentas terbesar dunia itu sewaktu bergelar pemain, Bin Shen memasang impian agar anak buahnya itu mampu memahat keputusan positif untuk dihadiahkan buat rakyat negara ini.
Impian tersebut dipahat sejak menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 2020 dengan misi setiap beregu bimbingannya berupaya melangkah ke ke Sukan Olimpik.
“Perasaan dan impian saya sejak masuk BAM adalah untuk membantu pemain-pemain melayakkan diri ke Sukan Olimpik.
“Ia bukan satu tekanan, cuma harapan untuk mencapai sesuatu yang lebih besar. Saya juga harap boleh dapat apa yang dimahukan sebagai jurulatih,” katanya pada sidang media di Bukit Kiara semalam.
Bin Shen, yang kembali ke pangkuan BAM sebagai jurulatih pada Disember 2020, membantu pasangan nombor satu negara itu ke Paris selain memacu gandingan berkenaan muncul juara dunia pada 2022.
Berbaki 15 hari menjelang Sukan Olimpik membuka tirai, dia menyifatkan prestasi pasangan nombor lima dunia itu kian hampir ke tahap sebenar berdasarkan corak permainan yang mereka pamerkan dalam perlawanan simulasi.
“Semua persiapan bagus dan kami ada masa (latihan) seminggu lagi di sana (Paris). Setakat ini, boleh dikatakan prestasi mereka berada pada tahap 80 hingga 90 peratus,” ujarnya.
Aaron-Wooi Yik akan membuat penampilan kedua dalam Sukan Olimpik selepas membawa pulang pingat gangsa dari Tokyo bagi edisi 2020 tiga tahun lalu.
--Sinar Harian
Stadium Astro
Thu Jul 11 2024
Final Jelajah Dunia BWF: Fokus utama dapatkan prestasi sebenar, Wooi Yik tidak pasti sahkan penyertaan
Menjelang Final Jelajah Dunia BWF yang akan berlangsung pada 11 hingga 15 Disember ini di Hangzhou, China, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Soh Wooi Yik, berkemungkinan besar bakal terlepas acara berprestij itu ekoran kecederaan.
Sukan Komanwel 2026: Roslin Hashim terkejut badminton digugurkan
Bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim, mengakui terkejut berikutan acara badminton digugurkan daripada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Status Ng Qi Xuan dapat perhatian pihak berwajib
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersedia menawarkan pemain beregu wanita, Ng Qi Xuan, menjalani rawatan pemulihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) berikutan kecederaan lutut yang dialaminya dalam Kejohanan Badminton Malaysia Super 100, hujung minggu lalu.
Dari Sukan Olimpik ke Kuching, Lee Yong-dae temui cinta di Malaysia!
Legenda beregu lelaki Korea Selatan, Lee Yong-dae, baru-baru ini menyatakan bahawa dia sangat mencintai Malaysia sehingga mempertimbangkan untuk berhijrah ke sini.
Rosman Razak kembali ke pangkuan BAM
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebentar tadi mengumumkan kepulangan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih bagi bahagian beregu wanita negara.
Lutut terkehel perlu pembedahan besar, pemain wanita negara mohon bantuan kewangan
Pemain beregu wanita negara, Ng Qi Xuan, yang berdepan kecederaan ngeri terkehel lutut dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 pada Sabtu lalu, memohon bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan.
Faktor komunikasi perkara utama jurulatih baru badminton negara
Faktor komunikasi jadi perkara utama antara pemain dan jurulatih apabila penggunaan bahasa serumpun mudah difahami oleh kedua-dua belah pihak.
Badminton Remaja Allianz: Impian R. Loshini rangkul kejuaraan berganda tercapai
Pusingan ke-10 Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) 2024 yang berlangsung di Synergy Sports Centre, Kuantan, Pahang dari 18 hingga 20 Oktober menyaksikan penguasaan penuh R. Loshini apabila berjaya meraih kejuaraan berganda dalam kategori perseorangan perempuan B-15 tahun dan beregu wanita B-15 tahun.
Sze Fei-Nur Izzuddin harus memahami kondisi badan
Kelajuan dan taktikal berbeza sehingga berjaya mengelirukan pihak lawan menjadi faktor penting bekas Pengarah Berprestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, percaya Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mampu melangkah lebih jauh.
Legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat terima jawatan Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga
Legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat, dipilih sebagai Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga (KEMENPORA) Republik Indonesia bagi penggal 2024-2029.
'I thought we had Neymar on the left wing' - Maddison salutes 'fearless' Moore
Maddison compares Moore to Neymar
Rangers 4-0 FCSB: Cerny stars as Clement's side put four past visitors
Report: Rangers 4-0 FCSB
Fenerbahce 1-1 Manchester United: Mourinho's men peg Red Devils back
Report: Fenerbahce 1-1 Man Utd
Tottenham 1-0 AZ: Richarlison penalty keeps Postecoglou's side perfect
Report: Tottenham 1-0 AZ
Smith: It's nice for England to 'revert pressure' onto Pakistan in final Test
Smith pleased to 'revert pressure'
Alonso: Landmark 400th race 'demonstrates my passion for F1'
Alonso previews landmark 400th race
Panathinaikos 1-4 Chelsea: Joao Felix at the double as Blues cruise in Athens
Report: Panathinaikos 1-4 Chelsea
Mancini leaves Saudi Arabia job
Roberto Mancini lasted just over a year as Saudi Arabia head coach, having turned his back on the Italy job to take the position.
Markram targets more Asian success as South Africa beat Bangladesh
South Africa ended their decade-long wait for a Test win in South Africa on Thursday, and Aiden Markram believes they can kick on from here.
The Numbers Game: Arteta hoping for response against in-form Liverpool
Arsenal are going into their big clash on the back of a defeat - can they get the better of Arne Slot's Liverpool in the Premier League?