Pemenang emas para badminton, Mohamad Faris Ahmad Azri, yang mewakili Terengganu dalam acara perseorangan lelaki SU5 menewaskan lawan dari Kedah, Amyrul Yazid Ahmad Sibi dalam aksi straight set 21-18, 21-9 dalam tempoh 37 minit.
Pengorbanan Faris tidak sia-sia walaupun terpaksa meninggalkan isteri tercinta di kampung halamannya di Besut, Terengganu kerana sedang melalui proses pantang usai kelahiran anak sulungnya yang telah menginjak ke hari ke-31 hari ini.
Malah, dia turut menjadikan jaguh badminton para dunia, Cheah Liek Hou, sebagai sumber rujukan utama buat dirinya dalam mengharungi kempen di temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.
"Hadiah kemenangan ini adalah buat anak dan isteri saya. Cheah Liek Hou merupakan idola saya kerana walaupun usia dia sudah meningkat tetapi dia boleh menang berdepan pemain lebih muda.
"Walaupun kekurangan dari aspek tangan dia tetapi dia sangat profesional dengan perwatakan dan disiplin dia," kata Mohamad Faris Ahmad Azri.
Sementara itu, Md Noor Md Isa, selaku jurulatih Faris yang sudah bersama selama 10 tahun memecahkan rahsia kejayaan dia memperoleh emas serta mentaliti pemain itu yang tinggi untuk bergelar juara..
"Dia berdisiplin dan selalu dengar kata, dia sentiasa teratur dan mudah untuk mendengar arahan serta mempunyai mentaliti untuk menjadi juara." tambah jurulatihnya.
Saufi Tahir
Fri Sep 27 2024
Para Sukma Sarawak: Cheah Liek Hou inspirasi Faris Ahmad Azri rangkul emas badminton
Pemenang emas para badminton, Mohamad Faris Ahmad Azri, yang mewakili Terengganu dalam acara para badminton kategori perseorangan lelaki SU5 menewaskan lawan dari Kedah, Amyrul Yazid Ahmad Sibi dalam aksi straight set 21-18, 21-9 dalam tempoh 37 minit.
Para Sukma Sarawak: Keserasian kunci Amyrul Yazid, Ahmad Syahir butirkan emas buat Kedah
Walaupun tewas dalam kategori perseorangan lelaki SU5, luka di hati terubat buat Amyrul Yazid selepas membutirkan pingat emas buat Kedah dalam kategori beregu lelaki SU5 bersama pasangannya, Ahmad Syahir Mohammad.
Imbuhan berbaloi dengan pengorbanan
Lima beregu negara mengutip hampir RM1.8 juta hasil hadiah kemenangan selepas mengungguli kejohanan Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam tempoh sebulan.
Ee Wei anggap dirinya bernasib baik, kaca tidak terkena kepala, tangan
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei, mengganggap dirinya bernasib baik terlepas daripada kecederaan yang lebih serius susulan memerlukan rawatan 16 jahitan semalam.
Status terkini kecederaan Toh Ee Wei: Beregu campuran negara terlepas kejohanan di Finland
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dijangka terlepas kejohanan akan datang susulan 16 jahitan dialami Ee Wei.
Terkini: Toh Ee Wei terima 16 jahitan susulan kecederaan ketika latihan di gimnasium
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menerima 16 jahitan akibat mengalami kecederaan di lengan kirinya semasa sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Fareez Anuar gesa pencarian pelapis perlu dilakukan secepat mungkin
Jaguh perseorangan lelaki SU5 negara, Fareez Anuar, menjelaskan keperluan terhadap penilaian mengenai klasifikasi setiap atlet susulan kegagalan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) untuk mencapai sasaran empat pingat emas di temasya Paralimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Misi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin masih belum selesai
Kejayaan mengungguli kejohanan Super 1000 Terbuka China tidak seharusnya membuatkan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berasa selesa kerana perjuangan mereka masih panjang.
Terbuka Macau: Justin Hoh lepasi rintangan awal
Justin Hoh mengetuai perseorangan lelaki negara untuk kemaraan suku akhir Terbuka Macau selepas menundukkan Wang Po-Wei 21-6, 21-9, sebentar tadi.
Sze Fei berat hati rai kemenangan Terbuka China
Meskipun kejayaan membanggakan Nur Izzudin Rumsani dan Goh Sze Fei di Kejohanan Terbuka China, Sze Fei tetap berasa berat untuk meraikan kemenangan itu.
International record goalscorer Sinclair to retire after NWSL season
Portland Thorns and Canadian legend Christine Sinclair has announced she will retire at the end of the NWSL season.
Sinner found matters 'mentally tough' against Safiullin
World number one Jannik Sinner may have had other matters on his mind when he took to the court to face Roman Safiullin at the China Open.
Peiris and Jayasuriya star as New Zealand crumble on day three
New Zealand already had a mountain to climb against Sri Lanka, but a poor finish to their first innings made their task even harder.
Dorival calls for patience over Neymar's Brazil return
Neymar has been left out of Brazil's 2026 World Cup qualifiers next month, but head coach Dorival Junior is confident he will return soon.
Guardiola declares "war" on Arsenal in escalating rivalry
Manchester City and Arsenal drew 2-2 in a frantic clash last week, and Pep Guardiola knows his team have a fierce battle on their hands.
Alisson and Ederson 'push each other to be better'
Liverpool goalkeeper Alisson has suggested that him and compatriot Ederson push each other's performance level even higher.
Persistent rain in Kanpur washes out day two of Bangladesh Test
After limited play on day one in Kanpur, India and Bangladesh did not make it onto the field on Saturday due to persistent rain.
Sabalenka closes in on win-streak record after China Open triumph
In her first appearance since her US Open triumph, Aryna Sabalenka cruised into the last 16 of the China Open with a dominant display.
Sahin frustrated by defence despite convincing Dortmund win
Borussia Dortmund may have registered a convincing win over Bochum, but their defensive display left Nuri Sahin with problems to solve.
Sinner overcomes Safiullin test to reach China Open quarters
Jannik Sinner's powers of recovery were on show once again at the China Open as he set up a tie with Jiri Lehecka in the last eight.