Itulah kata-kata semangat daripada pemenang pingat perak beregu campuran edisi Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying usai kemenangan yang dicipta oleh perseorangan lelaki nombor satu negara itu.
"Sebagai rakyat Malaysia, kami sentiasa meletakkan harapan buat kesemua atlet yang bertanding dan mendoakan supaya kem badminton boleh menjelmakan kilauan pingat emas di edisi seterusnya," katanya.
Olimpian negara tersebut turut berbangga dengan gandingan beregu campuran kebangsaan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kerana mempamerkan aksi cemerlang dalam peringkat kumpulan meskipun gagal bersaing di suku akhir.
"Mereka harus menjadikan penampilan di Paris itu sebagai pengalaman pertama untuk beraksi di edisi selepas ini dengan syarat mempunyai tahap disiplin yang tinggi.
Dalam masa sama, legenda berusia 35 tahun itu juga berkongsi bahawa sosial media adalah medium terbuka selain pelbagai cerita tentang sesuatu tetap akan sampai kepada pengetahuan seseorang atlet.
“Cerita di media sosial tetap akan sampai di telinga seseorang atlet.
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 6, 2024
“Bezanya adalah cara dia menangani badai media sosial itu sekaligus menjadi bukti sejauh mana kekuatan mental mereka - Goh Liu Ying
Lanjut di Nadi Arena, 7.30 malam ?pic.twitter.com/FUW8XeiL9i
Perbezaannya ialah bagaimana seseorang pemain itu menangani badai ruang Internet sekali gus menguji kekuatan mental dikala sedang membawa cabaran negara.
"Sebagai lumrahnya, kalau tidak mampu untuk mengelak, kita harus menerima sahaja kerana yang paling penting diri sendiri yang menentukan untuk meletakkan fokus kepada persembahan dalam permainan.