Kemalangan membabitkan kelompok besar pelumba ketika di selekoh kedua memaksa 'red flag' dikibarkan dalam MotoGP Malaysia.

Antara yang terlibat dalam kemalangan itu ialah Jack Miller, Fabio Quartararo dan Brad Binder.

Perlumbaan yang didahului Francesco Bagnaia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu akan bersambung dengan baki 19 pusingan sambil pelumba akan bermula seperti di petak awal perlumbaan.