Pelumba tunggal peluang khas negara, Helmi Azman, mengekalkan prestasi tahun lalu untuk berada di kedudukan ke-23 secara keseluruhan saingan Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Begitupun, Helmi yang mewakili PETRONAS MIE Racing RW Team masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya kerana berasakan dia mampu memberikan lebih pada perlumbaan itu.

"Semestinya saya juga tidak tahu (situasi perlumbaan). Di belakang saya masih ramai pelumba kerana saya hanya fokus pada catatan pusingan.

"Tetapi saya tahu kelompok belakang mengejar saya.





"Perlumbaan kali ini saya beri yang terbaik dari awal hingga berakhir. Jika dalam ARRC (Kejuaraan Motosikal Asia) hanya 11 pusingan tetapi kali ini pusingan lebih panjang. Saya tahu kelemahan saya masih banyak lagi.

"Jika diberikan peluang saya akan bekerja keras kerana saya tahu saya boleh berikan yang lebih baik dan akan lebih positif pada masa akan datang." katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Dalam masa sama, juara bagi kategori Moto2 menjadi milik Celestino Vietti daripada pasukan Red Bull KTM Ajo untuk menduduki tangga ketujuh secara keseluruhan dalam carta kedudukan pelumba selepas mengumpul 165 mata.

"Ia adalah perlumbaan yang sukar dengan keadaan cuaca yang sangat panas.

"Tetapi kami kami berikan yang terbaik memandangkan kami mempunyai perasaan yang positif sejak Jumaat lagi.







"Terima kasih buat pasukan saya kerana mereka telah berusah untuk berikan yang terbaik." tambah Vietti.