Pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei, memperagakan aksi bertenaga apabila berjaya bangkit untuk melayakkan diri ke pusingan ke-16 kejohanan Masters Malaysia, sebentar tadi.

Pemain berusia 24 tahun itu terlebih dahulu berada di depan selepas memperolehi kemenangan di set pertama sebelum wakil Ukraine, Polina Buhrova, bangkit menyamakan kedudukan di set kedua.

Aksi semakin menarik apabila pemain yang menduduki ranking ke-33 dunia itu mengungguli permainan di set ketiga untuk memastikan slot pusingan ke-16 menjadi miliknya selepas mengetepikan cabaran dari wakil Ukraine itu.