Liga Bola Sepak (MFL) membuka semula permohonan lesen luar biasa kepada semua kelab M3 Liga Bolasepak Amatur (AFL) untuk menyertai Liga Super 2024-2025.
Langkah ini diambil selepas keputusan First Instance Body (FIB) dan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) yang menolak permohonan Lesen Kebangsaan oleh Kelantan FC bagi kempen Liga Super musim 2024-2025.
Permohonan lesen luar biasa ini dibuka semula kepada kelab-kelab AFL M3 berdasarkan kepada Perkara 4.5, 4.6 dan Annexe III Peraturan Pelesenan Kelab MFL.
“Ketiadaan Kelantan FC menyaksikan kekosongan slot ke-14 bagi saingan Liga Super musim ini.
“Justeru MFL telah meminta semua kelab M3 AFL yang berminat untuk mengemukakan permohonan lesen luar biasa ini pada 18 Januari 2024 dan proses penyerahan semua dokumen menerusi AFC CLAS akan bermula 19 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024,” jelas MFL dalam satu kenyataan rasmi, sebentar tadi.
Bagaimanapun, kriteria permohonan luar biasa M3 AFL dan sub-kriteria iaitu infrastruktur, kakitangan dan pentadbiran, sukan, perundangan, kewangan serta perniagaan yang telah dinyatakan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023 tidak berganjak.
Shaiful Shamsudin
Thu Jan 18 2024
AFL lanjut daftar pemain, Kelantan masih diberi ruang
Kelantan bernasib baik diberikan lebih masa untuk mendaftarkan pasukan menyertai Liga A1 selepas tempoh pendaftaran pemain dilanjutkan sehingga 24 Mei ini.
Pramusim: Info perlawanan persahabatan melibatkan VAR
Perlawanan Piala Menteri Wilayah antara Kuala Lumpur City dan Negeri Sembilan menjadi saksi penggunaan VAR (video bantuan pengadil) buat pertama kalinya dalam perlawanan persahabatan rasmi di Malaysia.
Liga Super: MFL buka peluang kelab M3 ganti slot Kelantan FC
Liga Bola Sepak (MFL) membuka semula permohonan lesen luar biasa kepada semua kelab M3 Liga Bolasepak Amatur (AFL) untuk menyertai Liga Super 2024-2025.
Kes bayaran gaji tertunggak Kelantan FC 90 peratus selesai
Kelantan FC tampak menunjukkan reaksi positif untuk mengelak daripada disingkirkan daripada Liga Super menerusi perkembangan terbaru yang dikongsi kelab berkenaan hari ini.
Siaran Langsung : Liga Super Kelantan vs Kedah
Selepas bolos 15 gol dalam dua aksi terakhir Liga Super, persoalan bertebaran apakah Kelantan FC bakal membuat kebangkitan dalam pertemuan dengan Kedah malam ini?
Kelantan tekad beraksi dalam Liga Super 2024/25
Kelantan FC tetap mahu terus beraksi di Liga Super musim depan dan akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan First Instance Body (FIB) sebelum tarikh akhir pada 30 November ini.
Perak FC diseru tidak dibuai kejayaan belasah Kelantan FC
Pemain Perak FC diingatkan supaya tidak dibuai kemenangan besar 8-0 ke atas Kelantan FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.
Liga Super: Kelantan FC borong pemain import
Kelantan FC tampak serius untuk memperbaiki pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Super apabila mendapatkan lima pemain import dalam jendela perpindahan kali ini.
DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida (DSV), menyatakan hasratnya untuk mengembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC jika kembali mengambil alih semula pasukan itu daripada pemilik semasa, Norizam Tukiman.
Liga Super: Sabah 'raya awal' di Likas, PDRM kalah tipis kepada JDT
Sabah FC garang melakar kemenangan 6-1 ke atas Kelantan FC yang berlangsung di Stadium Likas sebentar tadi.
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs
Piastri remaining optimistic despite grid penalty at Emilia Romagna Grand Prix
Piastri receives grid penalty
Emery admits 'I have my dreams' with Villa after sealing Champions League qualification
Emery: 'I have my dreams'
Leverkusen have no time to soak in 'Neverlusen' season - Alonso
Alonso: no time to soak in season
Forest 'still have to finish the job' against Burnley, says Nuno
Nuno calls for Forest focus